Wednesday, August 10


Pasaran Asia merudum susulan hutang AS

SYDNEY: Pasaran ekuiti Asia turun mendadak awal hari ini menyebabkan pelabur bimbang kelembapan ekonomi global terus mempengaruhi pasaran.
Indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 4.8 peratus kepada 8,662.30 mata pada sesi pagi, manakala indeks Hang Seng Hong Kong menjunam kepada 18,981.55 mata.
 Sementara itu, penanda aras indeks S&P/ASX-200 Australia jatuh 4.9 peratus kepada 3,790.50 mata
Di Taiwan, TAIEX susut 4.9 peratus manakala indeks NZX 50 New Zealand menyusut 3.7 peratus.
Kejatuhan yang dicatatkan di papan utama Wall Street semalam mempengaruhi dagangan hari pertama agensi Standard & Poor untuk mengurangkan hutang Amerika Syarikat (AS). – AP