Buat Loan




















Buat loan bank untuk beli emas fizikal..???
Untung ker...????

Antara soalan-soalan berkenaan emas yang selalu diterima  ialah:

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal takde lagi..Em macamana kalau saya buat loan di bank? ok kerr??

So jawapan bagi keraguan anda itu ada disini......

Kepada mereka yang nak buat pinjaman bank, ini sedikit sebanyak pesanannya…

"Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah mewah''
"Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah miskin".

Mudahkan..???

Sebelum anda membuat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sedikit....:-)

“Adakah aku akan bertambah mewah dengan membuat loan ini? Atau smakin bertambah beban aku nak membayar installment2 setiap bulan? Em macamana ek?”

Sebenarnya bagi mereka yang bijak dan gemar berfikir panjang sahaja yang dapat mengenal sepertimana "Si Jauhari Mengenal Manikam"....

Anyway berbalik kepada topik buat pinjaman untuk membeli emas tadi yea..

Em disini ada contoh berdasarkan analisis sebenar yang boleh dijadikan panduan anda...

















Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007...
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Jadi dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00


Maka dengan itu anda dapat membeli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz



Harga boleh rujuk di sini...




Namun bila loan anda dah selesai dibayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).


Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00...!

Anda untung 51.88%...


Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).


Berapa untungnya ya? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM 3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044 didalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)



Kesimpulannya....

Wang pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik kerana semakin lama ia disimpan maka semakin tinggilah harganya...

So gunakanlah sebaiknya wang pinjaman anda ke atas perkara-perkara yang boleh menjana keuntungan dimasa akan datang yang rerata mereka semua tahu akan keuntungannya....

So benarlah orang tua-tua cakap bahawa membeli emas ni tak rugi…

Oleh itu apa tunggu lagi…!!! buat loan bank dan beli emasss..!!!

Em jangan pinjam along dahla ekk…:-)