Friday, March 11

Manipulasikan Emas anda di Pajak Gadai....???

Pada yang ingin menggunakan teknik "rolling" atau lebih popular juga dengan istilah "merempit emas", maka terdapat 2 teknik yang boleh digunakan dalamana memanipulasikan emas dipajak gadai Ar-Rahnu...

Teknik 1 : Pajak emas fizikal & masukkan ke dalam akaun GIA/GSPA..
Teknik 2 : Pajak emas dan beli lagi Emas Fizikal...


 TEKNIK 1 : PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK AKAUN GIA/GSPA
  • Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA..
  • Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu..
Namun,teknik ini mempunyai sedikit kelemahan yang mana anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik..
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong dan dinar emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)...
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)..
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus..
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Dan secara tidak langsung dapat memaksimumkan keuntungan anda dari hasil jualan emas gadaian pada harga yang tertinggi...

    Oleh itu tidak mustahillah bagi sahabat2 yang membuat pinjaman(loan) bank dalamana mengumpul,menyimpan emas2 ini mampu jua tersenyum dengan hasil keuntungan lumayan yang mereka perolehi dari penjualan emas tersebut selepas ditolak dengan pokok pinjaman beserta caj interest apabila berakhirnya tempoh masa pinjaman mereka itu...

    "Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah mewah''
    "Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah miskin"..