Emas

Emas untuk wang kerana ianya adalah pelaburan yang asli..

 

Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.
Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.
Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi pembuatan ... 
Emas ini juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi dan ia juga senantiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing .Maka tidak perlulah diperkatakan lagi kerana nilai harganya dijamin tahap keselamatannya oleh kerajaan.


Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,
adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah
bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
 
Emas ialah kekayaan yang sebenarnya...
 
 
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan
kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.



 
Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini.Kita juga dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.




KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK...












Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
 
Jawapan.. 
Boleh dan senang sangat.
Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

















Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar,
tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh
dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.
Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.



Sebenarnya Nilai Wang Kertas Akan Jatuh Di Dalam Jangkamasa Panjang......

Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah...Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang...
Oleh itu kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan...

Sebagai contoh, pada tahun 1970an atau 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket...
Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum...

Namun bagaimana dengan sekarang – ditahun 2010...?

Rata-rata ibu-bapa memberikan wang poket RM3 – RM5 untuk membeli makanan dan minuman...
Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar lebih 10 kali ganda untuk membeli barangan yang sama...


Jika kita lihat graf perbandingan diantara nilai emas dan nilai wang kertas iaitu matawang ''USD'' maka hasilnya adalah seperti berikut :

Daripada graf di atas kita dapat lihat :
-Nilai emas semakin meningkat
-Nilai wang kertas semakin menurun

Ini bermaksud bahawa kuasa beli wang kertas akan mengalami kemerosotan didalam jangkamasa yg panjang berbanding dgn sejenis logam bernama "Emasss" yg rerata kita dapat ketahui semakin meningkat tinggi harganya.....

Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.



Emas adalah aset yang terunggul...

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.
Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.


Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam
                                   

Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.
Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?
Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima dinegara lain.
Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.



Emas tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Inimenyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk,wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009



Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Misalannya Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan.

Ini menunjukkan sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja.
Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Hyper inflasi di Zimbabwe
                                                           

100 Billion Zimbabwe Dollar boleh membeli 3 biji telur sahaja.
                                 

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

KESIMPULAN:
Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda
menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.



Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas


Pelaburan emas secara fizikal

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan pada harga belian dan harga jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)....
Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.


Pesanan: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata...
Ini kerana yang bernilai adalah emas itu dan bukannya batu permata tersebut..




Kenapa melabur dalam emas fizikal? 

 

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas. 
2) Emas sering diperkatakan setiap hari. 
3) Pelaburan emas adalah selamat. 
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar. 
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa. 
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam. 
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon. 
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku. 
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi. 
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.


Emas Dari Kaca Global Harini...



Perbezaan antara asset: 

 

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan. 




Definasi sebenar 

 

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

 

 

Definasi untuk mengurangkan risiko 

 

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

 

 

I. Emas – Harga Simpanan 

 

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

 

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar 

 

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional  termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi. 

 

 

 

III. Menutup berlakunya Inflasi 

 

 

 

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.
Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974  turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari  US$178.33 ke US$631.40. 



IV. Emas – antara pertukaran dollar 

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi. 



V. Emas adalah selamat 

 

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat. 


VI. EMAS – bekalan dan pemintaan 

 

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan  $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.