Fakta

Emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Merujuk kepada data harga emas paling rendah pada 5 Februari 2010 iaitu USD1,060 se-auns sehingga 9 Jun 2010 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak USD190 kepada USD1,250 seauns.
Perhatikan ilustrasi berikut:


Harga terendah tahun 2010 pada 5 Februari 2010


Harga tertinggi pernah dicatatkan USD1,250/oz

Enam bulan dulu, harga terendah emas ialah USD1,080 se-auns dan setahun sebelumnya iaitu pada 23 Jun 2009, harga emas ialah USD920 se-auns. Dalam tempoh satu tahun, harga emas naik sebanyak 35.8%.
Sila rujuk website KITCO untuk mengetahui data dan maklumat mengenai emas.


Jun 2009


Jun 2010

Secara purata, seseorang yang melabur untuk jangka panjang akan mendapat hasil purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5% dan ini beerti sebanyak 152.5% keuntungan anda didlm masa 5 tahun itu...
Dengan ini, berkemungkinan jua bahawa pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Namun cara yang terbaik untuk melabur dan menyimpan emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping(jongkong) selain daripada barang kemas.
Untuk makluman, 1 auns (oz) bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini juga boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank, OUB dan Public Gold sendiri.
Ada juga yang menggunakan buku simpanan emas seperti Public Bank. Namun, pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas secara fizikal, iaitu hanya dapat melihat kemaskini jumlah dan harga semasa pembelian yang dimasukkan secara bertulis di dalam buku tersebut.


Kenaikan harga emas disebabkan 3 faktor utama iaitu :

Pertama:

Penyusutan nilai Dolar Amerika

Apabila nilai Dolar Amerika susut, harga emas akan menaik dan apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga khabar angin mengatakan bahawa negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain Dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain Dolar Amerika (Euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan segera, namun berdasarkan berita itu ia telah cukup untuk mempengaruhi kenaikan harga emas dunia.

Kedua:

Harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi

Apabila inflasi meningkat, harga emas akan melonjak selaras dengan inflasi.
Dalam situasi negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar yang menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan jumlah yang banyak seperti USD787 bilion pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat telah memberi kesan terhadap peningkatan inflasi.
Amerika hanya mencetak Dolar dengan sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai Dolar Amerika menurun.

Ketiga:

Kenaikan harga petroleum juga akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, manakala jika harga petroleum jatuh, harga emas juga dijangka akan turun tetapi pada tahap minimum sahaja.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam World Gold Council.
Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bullion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100% oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38% daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Namun demikian masih belum terdapat Gold ETF ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi dunia yang berpunca dari Amerika sendiri, maka kemelesetan ekonomi terus merebak ke seluruh dunia terutamanya di Eropah baru-baru ini. Ekoran dari krisis tersebut, orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pengaruh pergolakan harga.

Demikian adalah beberapa fakta yang dapat kita kongsikan bersama.
Seandainya ada dikalangan pembaca yang terasa berminat untuk memulakan simpanan,pelaburan,perniagaan emas secara "fizikal",maka anda adalah dialu-alukan untuk menghubungi saya...