Friday, March 11

Manipulasikan Emas anda di Pajak Gadai....???

Pada yang ingin menggunakan teknik "rolling" atau lebih popular juga dengan istilah "merempit emas", maka terdapat 2 teknik yang boleh digunakan dalamana memanipulasikan emas dipajak gadai Ar-Rahnu...

Teknik 1 : Pajak emas fizikal & masukkan ke dalam akaun GIA/GSPA..
Teknik 2 : Pajak emas dan beli lagi Emas Fizikal...


 TEKNIK 1 : PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK AKAUN GIA/GSPA
  • Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA..
  • Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu..
Namun,teknik ini mempunyai sedikit kelemahan yang mana anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik..
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL
  1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong dan dinar emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)...
  2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali  kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)..
  3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus..
  4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Dan secara tidak langsung dapat memaksimumkan keuntungan anda dari hasil jualan emas gadaian pada harga yang tertinggi...

    Oleh itu tidak mustahillah bagi sahabat2 yang membuat pinjaman(loan) bank dalamana mengumpul,menyimpan emas2 ini mampu jua tersenyum dengan hasil keuntungan lumayan yang mereka perolehi dari penjualan emas tersebut selepas ditolak dengan pokok pinjaman beserta caj interest apabila berakhirnya tempoh masa pinjaman mereka itu...

    "Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah mewah''
    "Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah miskin"..

Tuesday, March 8

Graf Harga Emas Dunia Di Dalam Jangkamasa 10 Tahun Kebelakangan Ini...



Ape yang kita dapat simpulkan berdasarkan graf ini adalah kenaikan yg semakin meninggi terhadap harga emas dunia di dalam jangkamasa 10tahun..

Kalau dahulu rata2 kita menganggap emas ini hanyalah untuk perhiasan wanita iaitu barang2 kemas seperti rantai,cincin,gelang,anting2 dan sebagainya...
Tetapi harini kita telah didedahkan dengan Emas2 Pelaburan yang mana susut nilainya lebih kecil berbanding Emas2 Perhiasan iaitu barang2 kemas ini...

Jadi secara tidak langsung ramai diantara mereka harini telah peka dlmana mengumpul emas2 pelaburan agar dijadikan simpanan kerana ia adalah kalis inflasi dan ia jua merupakan kekayaan yg sebenar kpd penyimpannya berbanding menyimpan wang ringgit...

Tahun lalu negara China dan India telah membeli hampir ribuan tan emas untuk negara mereka dlmana dpt mengukuhkan,menguatkan lagi ekonomi rakyat2nya dan perkara ini cukup menggegarkan U.S selaku negara gergasi yg bakal hilang taringnya kerana ia boleh mengakibatkan matawang Dollar semakin melemah....

Sekiranya rasa Syak dan Was2 atau Takut2 maka cubalah beli berdikit dahulu dan lihat hasilnya didlm jangkamasa sederhana dan panjang....


InsyaAllah bilamana anda dah memperaktikkan sebegitu tentu sahaja anda akan menambah bilangan emas2 anda sepertimana saya dan sahabat2 lain yang telah lama mengumpul emas pelaburan ini...
Bertindaklah dr sekarang sebelum harga emas semakin melambung tinggi dan perlu diingat bahawa harga emas harini tentu2 shj tidak akan sama harganya pada tahun hadapan kerna harganya pasti akan terus menaik selaras dgn sabda rasulullah s.a.w sepertimana yg tersebut diatas blog ini....


Dan bagi yg dah memulakan menyimpan emas ini maka ia akan beroleh keberuntungan yg bukan sahaja didunia tetapi diakhirat jua dalamana dpt mentaati pesanan nabi dan rasul dengan sebaiknya...
Namun bagi shbt2 yg belum memulakan maka masih belum terlewat lagi untuk anda bertindak kerana selagi anda tidak bertindak maka anda tidak akan tahu hasil keputusannya....


sekian dan wasalam......

Thursday, March 3

Adakah China akan menjadi kuasa besar ekonomi utama?? “China # 1, Amerika Syarikat # 2?

* Selama 100 tahun yang lalu Amerika Syarikat telah menjadi pelanggan utama tenaga di dunia tetapi sejak musim panas lalu China mengambil alih tempat nombor satu.
* China telah menempah tempat ke 2 dari tempat ke 14 di dunia dalam menerbitkan artikel kajian ilmiah dalam tempoh 15 tahun yang lalu.
* Dari kajian yang telah dijalankan baru-baru ini, China boleh menjadi pemimpin global dalam pengajuan hak paten tahun 2011
*China telah mempunyai superkomputer terpantas di seluruh dunia.
* China sekarang memiliki rangkaian kereta api terbesar di dunia dengan kelajuan tertinggi dan kereta api terpantas di dunia.

* Pada tahun 1998, Amerika Syarikat mempunyai 25 peratus daripada pasaran eksport berteknologi tinggi di dunia dan Cina hanya 10 peratus. Pada tahun 2008, Amerika Syarikat mempunyai kurang daripada 15 peratus dan saham China telah melonjak hingga 20 peratus.
* Nobel ekonomi Robert W. Fogel dari University of Chicago telah membuat satu kesimpulan bahawa ekonomi China akan menjadi tiga kali lebih besar daripada ekonomi AS pada tahun 2040 jika kecenderungan ini terus berlanjutan.
Pada pasaran global, China nampaknya telah melangkah empat atau lima langkah ke depan dari Amerika Syarikat hari ini..

Tuesday, February 22

Emas kini lebih RM4,284 satu auns...

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.

Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS


Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaskinilebihRM4_284satuauns/Article

Tuesday, February 8

Perbandingan.....

Salam…
Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya membuat perbandingan inikan....???
Anyway dengan berpandukan carta inilah anda dapat membuat perbandingan agar tidak tersilap langkah dalamana membuat keputusan dalam pelaburan emas ini…
Bagi anda yang baru ingin melibatkan diri dengan pelaburan emas ,disini saya kongsikan perbandingan antara emas keluaran PG dan keluaran pihak lain…
Buatlah keputusan dengan bijak kerana pilihan ditangan anda...

Marilah menyimpan emas…
Nilai Wang Kertas Semakin Menyusut…
Emas Adalah Penyelamat Kekayaan Anda….
Jual beli emas mampu membuat keuntungan dalam jangkamasa sederhana dan panjang…
Mari bersama saya kita bina Empayar Emas...
Saya akan kongsikan dengan anda cara memaksimumkan keuntungan…
Dan cara bagaimana untuk memanipulasi peluang yang ada untuk menggandakan emas yang anda ada...
Setelah anda melihat perbandingan ini, saya pasti anda akan memilih emas Public Gold
sebagai aset pelindung kekayaan anda…


KIJANG EMAS EMAS OUB PAMP SUISSE EMAS BUNGA RAYA BARANG KEMAS DINAR EMAS KELANTAN EMAS PUBLIC GOLD & PUBLIC DINAR
Cara membeli Hanya Di Cawangan Maybank Tertentu Sahaja Hanya di OUB Utama Sahaja Boleh dibeli di kedai emas tertentu Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja Boleh dibeli di mana-mana kedai emas Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan Boleh dibeli daripada mana2 dealer public gold
Spread 1oz (6%), 1/2oz(8%), 1/4oz(10%) 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%) Spread antara 10%-30% mengikut kedai Spread 15%-25% Spread 20%-40% Spread 10%-15% Spread hanya 5%-6%
Boleh Lock Masa Harga Rendah Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Boleh 24 jam sehari sepanjang tahun
Stok Availability Sentiasa Kehabisan Stok Sentiasa Kehabisan Stok Sentiasa Kehabisan Stok Stok Sentiasa Ada Stok Sentiasa Ada Sentiasa Kehabisan Stok Stok sentiasa ada namun oleh kerana permintaan terlampau tinggi PG telah membuat Jadual Pengambilan Stok biasanya dalam tempoh selepas seminggu order dapat emas
Lain-lain Tidak boleh booking
Perlu dapatkan sendiri di Maybank
Mesti bawa resit asal masa jual balik
Mesti bawa resit asal masa jual balik
Perlu dapatkan sendiri di OUB
Tidak boleh buka sarung
Buka sarung tolak harga Buka sarung tolak harga Harga tinggi berbanding pasaran Stok terhad Jaminan beli balik walaupun dibuka sarung,kemek,calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
Dinilai oleh assaayer emas bertauliah
Disertakan dengan Certificate of Authenticity
Dijamin 100% tulen (boleh rujuk Arrahnu Agrobank)





Hubungi saya ditalian 019-6955752 atau hubungilah rakan2 sepasukan saya sepertimana nama2 yang telah tertera diatas....